♥♥♥ Selamat Datang ke CoPaCaBaNa OnLiNe ShoP ♥♥♥

Kami menawarkan perlbagai barangan secara online & offline

dengan harga yang amat berpatutan.

Pembelian secara runcit dan borong juga ditawarkan. Kami juga menawarkan khidmat DOOR to DOOR bagi pelanggan dikawasan Lembah Klang sahaja.

Di jemput mencuci mata diblog kami.

Order Form

CoPaCaBaNa OnLiNe sHoP
Name:*
Date
Address:*
Tel No:*
Email:*
Subject:
Order:*
Bank of payment:* Maybank CIMB Bank Public Bank
Message:
Contact form powered by 123ContactForm

Babyland Duo Printed - New

New!! 
Babyland Duo-Printed Button+2 insert

Terdapat 3 corak menarik
1) Blue Swirl
2) Hello Kitty
3) Pink Flower

Weight baby: 3kg - 13kg
Inner: Microfleece
2 microfibre Insert

Harga:  RM29.00/pcs
Pakej Price:
2pcs @ RM28.00/pcs
5pcs @ RM27.00/pcs - Free Laundary Bag
10pcs @ RM 26.00/pcs - Free Sport Thumbler

 Postage:
2pcs - Add RM6.00
More than 2pcs - Add RM8.00


























Cara penjagaan dan ppengunaan Cloth Diapers

Cara Penjagaan Cloth Diapers
 Cara Penjagaan Lampin
– Prewash 2-3 kali sebelum guna pertama kali
- Cuci dengan sedikit sabun dan cuci macam biasa atau machine wash
- Jika machine wash, sila guna laundry bag (untuk menjamin jangka hayat CD)
Pastikan serbuk pencuci yang digunakan tiada peluntur, pelembab dan bahan kimia
- Jemur dibawah cahaya matahari
Selepas digunakan
– Buang semua najis ke dalam mangkuk tandas, bilas sehingga hilang bau dan masukkan ke dalam baldi
– Masukkan kesemua CD ke dalam mesin basuh
- Jika cuci dengan tangan, cuma bilas hingga tiada kesan serbuk pencuci.
– Gunakan Laundry Bag untuk menjamin jangka hayat CD anda
– Jemur (seeloknya di bawah cahaya mentari untuk menghilangkan kesan najis) 
Serbuk Pencuci yang disyorkan oleh ibu-ibu yang berpengalaman menggunakan CD..
1. Pureen HAD/ABD (dalam bentuk serbuk, jangan gunakan cecair)
2. Bio Zip (Saya guna serbuk ini utk cuci semua pakaian keluarga, murah & baik)- guna 1/4 sudu sahaja.
Lampin yang telah digunakan lama, berbau atau ada masalah "leakage", sila ikut langkah-langkah berikut untuk "strip washing"
1 .Isikan baldi dengan air panas (cukup untuk rendam cd)
2. Letak sedikit cecair pencuci pinggan.(sunlight..,etc..)
3. Gosokkan permukaan dalam (fleece) dengan tangan beberapa kali.
4. Ulang pada permukaan fleece di dalam.
5. Bilas dengan baik, pastikan air mengalir jernih, bebas daripada bahan cuci.
6. Jemurkan dibawah cahaya matahari
Atau
Selepas di gunakan beberapa bulan dan merasai ia kurang penyerapan, perlulah melakukan strip diaper. iaitu untuk menghilangkan sebarang lapisan kalis air yg terbentuk dari mendapan sabun pencuci yg melekat yg selalu digunakan
Cara strip
1. Masukkan 1/2 cawan cuka makan ke dalam 1/2 baldi air
2. Rendamkan insert dan lampin selama 10-15 minit
3. Bilas dan keringkan. anda akan mendapati lampin dan insert akan lebih ringan 



Cara penggunaan Cloth Diapers

            













Jadual Pengunnan Cloth Diapers setiap hari
6-9pagi 1cd with 1 insert
9pagi-12tgh  1cd with 1 insert
12tgh-3ptg: :1cd with 1 insert
3ptg-6mlm  1cd with 1 insert
6-9mlm  1cd with 1 insert
9-12mlm  :1cd with 1 insert
12mlm-6pagi  1cd with 2 insert
** Jumlah: 6-7 helai cloth diaper sehari, dengan penggunaan selama 3@4jam sekali di siang hari 
dan 6 jam di waktu malam.





Apa itu Cloth Diapers atau CD

CLOTH DIAPERS - KAIN LAMPIN MODEN

Kain Lampin Moden atau Cloth diapers.. CD (Cloth Diapers) ini ibarat pampers yg boleh dicuci.. Fungsi penyerapannya sama mcm DD (disposable diapers) yg biasa anak kite pakai tu... Tp yg uniknya benda ni bole dicuci pastu pakai balik... Sangat jimat.. Hanya modal sekali pastu tidak perlu fikir pasal budget beli DD anak... Kalu sebulan berhabis beli DD dlm rm200... Sekarang ni rm200 tu dah bole nk beli benda lain or wat saving tuk anak.... Jimat wang anda sehingga 3 tahun... Untuk lebih lanjut pasal CD ni baca la artikel kt bawah ni...

Memperkenalkan Cloth Diaper - Lampin Bayi Moden

Cloth diaper merupakan lampin kain rekabentuk moden yang amat selesa untuk bayi dan mesra pada kulit . Ia sesuai untuk di gunakan dari umur bayi 3 bulan sehingga 3 tahun dan boleh di cuci . Bahagian luar cloth diaper di lapisi dengan sejenis kain khas iaitu polyurethane Laminate ( PUL ) yang kalis air supaya ia tidak mudah bocor.

Lapisan dalam cloth diaper ini di jahit dengan poket khas untuk memudahkan anda memasukkan pelapik khas ( insert ) yang mampu menyerap air kencing bayi sehingga 3 hingga 4 jam penggunaan bagi 1pc insert dan pengunaan 7 hingga 8 jam 2pcs insert.

Setiap helai cloth diaper di bekalkan sekali dengan pelapik khas ( insert ) yang di perbuat dari micro fiber yang tinggi daya serapan dan mudah di bersihkan. Cloth diaper ini boleh di cuci dengan tangan atau mesin basuh untuk membantu kerja-kerja pencucian yang lebih praktikal.

Kesimpulannya lampin kain moden ini tidak mengandungi bahan kimia yang boleh mengancam kesihatan bayi anda.

Apa keistimewaannya?
** Bayi akan rasa lebih selesa** .
Oleh kerana lapisan dalam cloth diaper ini di lapik dengan sejenis kain kapas khas bayi rasa lebih selesa dan kering. Ini berbeza dengan dengan lampin pakai buang yang di perbuat dari bahan sintetik yang mengakibatkan rasa panas , tiada pengudaraan dan merengsa kulit.

**Tidak membahayakan kesihatan bayi**
Oleh kerana cloth diaper ini di perbuat dari kain, kesihatan bayi anda lebih terjamin kerana lampin kain ini tidak mengandungi bahan kimia .Lampin pakai buang di perbuat dari pulpa( kertas ) yang menghasilkan bahan kimia dan boleh mengancam kesihatan dan nyawa bayi.

**Cepat kering bila di cuci**
Anda tak perlu risau setiap kali anda mencuci lampin kain ini kerana ia mudah kering dan boleh di pakai semula dalam masa 2 jam. Lampin kain ini juga tidak memerlukan pencahayaaan yang berlebihan untuk proses pengeringan.

**Mudah di pakai dan di ubah suai**
Lampin kain ini mudah di ubahsuai mengikut umur bayi kerana ia di jahit bersekali dengan butang . Hanya lekatkan butang dan ubah lampin dari saiz S , M dan L mengikut usia bayi anda. Kesemuanya hanya dengan sehelai lampin kain. Terdapat juga dari size S ke XL.


Bukan itu saja, malah saya dapati......
Ia amat menjimatkan wang anda !
Biasanya seorang bayi akan menggunakan lampin sehingga berumur 2 tahun ke 2 tahun setengah. Jadi mereka akan menggunakan kira-kira
2 x 12 x 30 = 720 hari @ 2.5 x 12 x 30 = 900 hari

Katakanlah setiap helai kain lampin pakai buang berharga RM0.45 dan seorang bayi memakai 5 helai lampin sehari semalam. Jadi;
720 x 0.45 x 5 = RM 1620 @ 900 x 0.45 x 5 = RM 2025.00

Manakala lampin pakai buang yang kami tawarkan hanya RM 35.00