CLOTH DIAPERS - KAIN LAMPIN MODEN
Kain Lampin Moden atau Cloth diapers.. CD (Cloth Diapers) ini ibarat pampers yg boleh dicuci.. Fungsi penyerapannya sama mcm DD (disposable diapers) yg biasa anak kite pakai tu... Tp yg uniknya benda ni bole dicuci pastu pakai balik... Sangat jimat.. Hanya modal sekali pastu tidak perlu fikir pasal budget beli DD anak... Kalu sebulan berhabis beli DD dlm rm200... Sekarang ni rm200 tu dah bole nk beli benda lain or wat saving tuk anak.... Jimat wang anda sehingga 3 tahun... Untuk lebih lanjut pasal CD ni baca la artikel kt bawah ni...
Memperkenalkan Cloth Diaper - Lampin Bayi Moden
Cloth diaper merupakan lampin kain rekabentuk moden yang amat selesa untuk bayi dan mesra pada kulit . Ia sesuai untuk di gunakan dari umur bayi 3 bulan sehingga 3 tahun dan boleh di cuci . Bahagian luar cloth diaper di lapisi dengan sejenis kain khas iaitu polyurethane Laminate ( PUL ) yang kalis air supaya ia tidak mudah bocor.
Lapisan dalam cloth diaper ini di jahit dengan poket khas untuk memudahkan anda memasukkan pelapik khas ( insert ) yang mampu menyerap air kencing bayi sehingga 3 hingga 4 jam penggunaan bagi 1pc insert dan pengunaan 7 hingga 8 jam 2pcs insert.
Setiap helai cloth diaper di bekalkan sekali dengan pelapik khas ( insert ) yang di perbuat dari micro fiber yang tinggi daya serapan dan mudah di bersihkan. Cloth diaper ini boleh di cuci dengan tangan atau mesin basuh untuk membantu kerja-kerja pencucian yang lebih praktikal.
Kesimpulannya lampin kain moden ini tidak mengandungi bahan kimia yang boleh mengancam kesihatan bayi anda.
Apa keistimewaannya?
** Bayi akan rasa lebih selesa** .
Oleh kerana lapisan dalam cloth diaper ini di lapik dengan sejenis kain kapas khas bayi rasa lebih selesa dan kering. Ini berbeza dengan dengan lampin pakai buang yang di perbuat dari bahan sintetik yang mengakibatkan rasa panas , tiada pengudaraan dan merengsa kulit.
**Tidak membahayakan kesihatan bayi**
Oleh kerana cloth diaper ini di perbuat dari kain, kesihatan bayi anda lebih terjamin kerana lampin kain ini tidak mengandungi bahan kimia .Lampin pakai buang di perbuat dari pulpa( kertas ) yang menghasilkan bahan kimia dan boleh mengancam kesihatan dan nyawa bayi.
**Cepat kering bila di cuci**
Anda tak perlu risau setiap kali anda mencuci lampin kain ini kerana ia mudah kering dan boleh di pakai semula dalam masa 2 jam. Lampin kain ini juga tidak memerlukan pencahayaaan yang berlebihan untuk proses pengeringan.
**Mudah di pakai dan di ubah suai**
Lampin kain ini mudah di ubahsuai mengikut umur bayi kerana ia di jahit bersekali dengan butang . Hanya lekatkan butang dan ubah lampin dari saiz S , M dan L mengikut usia bayi anda. Kesemuanya hanya dengan sehelai lampin kain. Terdapat juga dari size S ke XL.
Bukan itu saja, malah saya dapati......
Ia amat menjimatkan wang anda !
Biasanya seorang bayi akan menggunakan lampin sehingga berumur 2 tahun ke 2 tahun setengah. Jadi mereka akan menggunakan kira-kira
2 x 12 x 30 = 720 hari @ 2.5 x 12 x 30 = 900 hari
Katakanlah setiap helai kain lampin pakai buang berharga RM0.45 dan seorang bayi memakai 5 helai lampin sehari semalam. Jadi;
720 x 0.45 x 5 = RM 1620 @ 900 x 0.45 x 5 = RM 2025.00
Manakala lampin pakai buang yang kami tawarkan hanya RM 35.00